Berikut merupakan terma dan syarat untuk pembelian ebook Panduan Komprehensif Diet & Langsing yang telah diterbitlan oleh PerfectSlimDiet.Com. Dengan setiap pembelian produk ini, secara automatik anda tertakluk sepenuhnya terhadap perkara-perkara berikut.
Syarat Am
1. Panduan Komprehensif Diet & Langsing ini dijual pada harga yang telah ditetapkan iaitu RM 30. Harga yang ditawarkan ini merupakan harga yang telah ditetapkan melainkan terdapat sebarang promosi ataupun potongan harga yang membolehkan harga ini diturunkan. Pihak PerfectSlimDiet.Com juga berhak pada bila-bila masa untuk menaikkan harga tanpa perlu mengeluarkan sebarang notis ataupun pemberitahuan.
2. Pihak PerfectSlimDiet.Com melarang sama sekali pengedaran ebook Panduan Komprehensif Diet & Langsing kepada mana-mana pihak lain selain daripada pembeli yang sah. Pihak kami juga berhak untuk mengambil sebarang tindakan perundangan terhadap mana-mana individu yang menyebarkan ataupun yang mendapatkan Panduan Komprehensif Diet & Langsing ini secara tidak sah.
3. Panduan Komprehensif Diet & Langsing merupakan sebuah ebook yang berbentuk digital dan bukannya berbentuk "hardcopy". Ianya tidak dijual di mana-mana kedai buku.
Syarat Pembelian
1. Mana-mana individu yang berhasrat untuk mendapatkan Panduan Komprehensif Diet & Langsing ini perlulah membuat bayaran sebanyak RM 30. Bukti pembayaran mestilah dihantar supaya proses pengesahan pembayaran dapat segera dilakukan.
2. Link Download Panduan Komprehensif Diet & Langsing akan segera dihantar selepas proses pengesahan bayaran dibuat. Tempoh maksimum penghantaran Link Download adalah 48 Jam.
3. Maklumat pembayaran mestilah diisi dengan lengkap dan tepat. Sebarang kesilapan akan menyukarkan proses penghantaran Link Download. PerfectSlimDiet.Com tidak bertanggung jawab terhadap sebarang kesilapan yang dilakukan oleh bakal pembeli semasa proses pembelian.
4. Setiap pembeli dengan ini bersetuju untuk merahsiakan Link Download daripada mana-mana individu lain selain daripada diri pembeli sendiri.
__________________________________________________________
Jika anda bersetuju dengan Terma dan Syarat seperti yang dinyatakan di atas, maka anda berhak untuk membeli Panduan Komprehensif Diet & Langsing ini.
Jika terdapat mana-mana syarat di atas yang gagal dipenuhi, anda disarankan untuk tidak membeli Panduan Komprehensif Diet & Langsing ini sekaligus melepaskan anda dari Terma Dan Syarat seperti yang dinyatakan.

Home l Pembelian l Syarat l Penafian l Hubungi Saya l |